ACP Nik Ezanee Mohd Faisal

PETALING JAYA – Niat seorang lelaki untuk berjogging berakhir dengan tragedi apabila dia diliwat sebanyak lapan kali oleh pemandu dan kelindan yang sedang mabuk.

Kejadian malang yang menimpa pemuda berusia 20 tahun itu dilaporkan berlaku pada pukul 7 malam, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, mangsa bekerja sebagai pelayan restoran di pusat beli-belah di Damansara terserempak dengan kedua-dua suspek yang sedang minum minuman keras.

Katanya, suspek kemudian bertanya pelbagai soalan sebelum menarik tangan mangsa dan memaksanya membonceng motosikal salah seorang suspek lalu dibawa ke sebuah rumah di Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara.

“Mangsa cuba melawan tetapi gagal dan mengakui dia telah secara paksa diliwat bergilir-gilir oleh kedua-dua suspek sebanyak lapan kali selain dipaksa juga melakukan seks oral,” katanya hari ini.

Menurut Nik Ezanee, mangsa kemudian dihantar pulang oleh suspek ke kawasan berhampiran rumahnya dan dia kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk pemeriksaan perubatan lanjut.

Katanya, kedua-dua suspek masing-masing berusia 31 dan 36 tahun itu telah berjaya ditangkap sehari selepas kaejadian.

“Semakan rekod lampau ke atas mereka mendapati suspek berusia 36 tahun itu mempunyai dua rekod dalam kes jenayah manakala seorang lagi suspek tidak memiliki sebarana rekod jenayah lampau.

“Kedua-dua suspek itu kini direman tujuh hari sehingga 28 Februari ini untuk siasatan lanjut kes,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 377C, 377A DAN 354 Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan.

Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang dari lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan.  – MalaysiaGazette