Hans Kluge. foto Agensi

COPENHAGEN – Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah yakin wabak koronavirus akan berakhir pada seawal tahun 2022.

Hans Kluge berkata, wabak Covid-19 masih berlaku pada tahun 2021 tetapi ia lebih terkawal.

Beliau menyifatkan senario terburuk Covid-19 sudah berakhir tetapi Kluge berkata, ada banyak maklumat mengenai virus itu diperoleh sekarang dibandingkan pada tahun 2020.

Bagaimanapun, tiada siapa yang tahu mengenai kedudukan pandemik Covid-19 pada masa depan.

“Virus akan ada, tapi sekatan pergerakan tidak diperlukan. Ini adalah mesej yang optimis,” katanya.

Kluge berkata, mutasi adalah normal dan virus ini berusaha menyesuaikan diri dengan pesakit yang dijangkiti, tetapi penyebaran mutasi yang cepat menjadi perhatian WHO.

Beliau menambah, WHO mengawasi dengan teliti keberkesanan vaksin yang dibangunkan bagi menangani Covid-19 kerana virus cepat merebak.

Menurutnya, vaksin dapat diubahsuai berdasarkan mutasi baharu jika perlu, tanpa perlu membangunkan vaksin baharu.

Menurut Kluge, mutasi tidak akan menjadikan di luar kawalan tetapi negara-negara yang mempunyai sistem perawatan kesihatannya sudah berada di bawah tekanan dapat mengalami tekanan yang lebih besar lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast