MGNews : Tiga Warga Indonesia Mengaku Tidak Bersalah Mengilang Gas Cecair Bersubsidi

Enam suspek warga asing telah didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang di sini pagi ini atas kesalahan terlibat dalam jenayah pengilangan gas cecair bersubsidi tanpa lesen pada Fabruari ini.

Kesemua tertuduh adalah pekerja yang mana tiga daripadanya berasal dari Indonesia manakala seorang adalah warga Bangladesh sementara dua lagi suspek merupakan warga Myanmar yang kesemuanya tidak berdokumen pengenalan diri.

Tiga warga Indonesia dibawa ke mahkamah oleh anggota penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dibawa ke mahkamah sekitar 8.46 pagi tadi manakala dua warga Myanmar dan seorang warg Bangladesh itu dibawa dalam satu lagi kenderaan berasingan kira-kira 10 minit kemudian dalam keadaan tangan bergari sebelum dibawa naik ke Mahkamah Sesyen 1 dan 2 pagi tadi.

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.