Pelakon dan penyanyi Janna Nick sanggup beraya di Rusia bagi tidak melepaskan peluang menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 di sana.
Janna Nick.

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara, Janna Nick kembali mengaktifkan semula Instagram miliknya selepas dinyahaktif susulan kontroversi artis K-Pop.

Menerusi perkongsian di media sosialnya itu, dia turut mempromosi drama terbaru lakonannya Marry Me Senorita selain luahan rasa hatinya.

“Anda takkan dapat kawal bagaimana orang menerima semangat yang anda berikan. Setiap perkara yang anda lakukan atau katakan ditapis melalui mata orang yang melihat dan dikaitkan dengan apa yang mereka rasakan, yang tentunya bukan mengenai anda.

“Terus lakukan apa yang anda lakukan dengan penuh integriti dan penuh kasih sayang,” tulisnya.

Beberapa hari lalu, hangat diperkatakan apabila Janna dikecam teruk oleh netizen dan peminat K-Pop apabila didakwa mempersendakan Lisa Blackpink dengan menulis ‘Lisa Blackpig’. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast