Bintang golf Amerika Syarikat, Tiger Woods selamat menjalani pembedahan selepas terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan keretanya remuk.- Gambar agensi.

LOS ANGELES – Bintang golf Amerika Syarikat, Tiger Woods selamat menjalani pembedahan selepas terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan keretanya remuk.

Jabatan Polis Los Angeles berkata, ketika kejadian Woods hanya memandu bersendirian,

Dia mengalami kecederaan parah selepas dikeluarkan daripada kereta yang remuk di bahagian depan oleh bomba serta paramedik.

“Dia kini menjalani pembedahan dan terima kasih semua,” kata ejen bekas pemain No. 1 dunia itu, Mark Steinberg.

Kemalangan itu dikatakan berlaku itu tidak membabitkan kenderaan lain.

Imej televisyen memaparkan. kereta itu berada di atas rumput di tepi jalan dan bahagian depannya rosak teruk.

Sementara itu, Woods, 46, antara pemain golf paling berjaya di dunia dengan memenangi 15 kejuaraan utama.

Dia baru-baru ini menjalani pembedahan belakang buat kali kelima.

Woods belum lagi bermain pada Kejuaraan Masters yang kali terakhir dimenangi pada 2019. – MalaysiaGazette