Keadaan kereta milik Tiger Woods yang terlibat dalam nahas di Los Angeles. foto Agensi

LOS ANGELES – Tiger Woods mengalami kecederaan parah pada kakinya selepas terlibat dalam nahas jalan raya.

Dia kini menjalani pembedahan selepas dikejarkan ke hospital dari lokasi kemalangan.

Kemalangan itu menyebabkan keretanya mengalami kerosakan teruk.

“Tiger Woods mengalami kemalangan di California. Dia kini dalam pembedahan dan kami mengucapkan terima kasih atas privasi dan sokongan anda,” kata pengurusnya, Mark Steinberg.

Pihak bomba menerusi Twitter memaklumkan: “Seorang lelaki dewasa dibawa keluar dari kenderaan dan dibawa ke hospital daerah dalam keadaan serius”.

Polis berkata, nahas itu hanya membabitkan kereta Woods sahaja, berlaku kira-kira jam 7 pagi.

Kemalangan itu berlaku sebulan setelah Woods menjalani pembedahan belakang badan – pembedahan kali kelima bagi mengurangkan tekanan.

Setakat ini tidak dipastikan sama ada nahas ini membolehkan beliau menyertai pertandingan pada bulan April. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast