GEORGE TOWN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Pulau Pinang memberkas seorang pegawai dan anggota polis yang dipercayai melindungi sindiket dadah di negeri itu.
Sumber MalaysiaGazette memberitahu, pegawai berpangkat Asisten Superintendan dan anggota itu ditahan di sekitar pusat bandar di sini dan Seberang Perai hari ini.
“Kedua-dua lelaki itu dikatakan menerima rasuah daripada hasil kegiatan haram itu secara bulanan.
“Selain dua anggota polis, seorang penjawat awam dari Majlis Bandaraya Pulau Pinang serta seorang orang awam turut ditahan hari ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Difahamkan, operasi tangkapan membabitkan isu yang sama masih dijalankan oleh SPRM negeri.
Kesemua empat individu itu akan direman di Mahkamah Majistret Pulau Pinang esok.
Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Lim Bee Kean dihubungi MalaysiaGazette mengesahkan tangkapan tersebut, namun enggan mengulas lanjut.- MalaysiaGazette
Jika tiada angin masakan pokok bergoyang. Melepaskan batuk di tangga buat ambil syarat jer tanpa bersungguh-sungguh dengan issues pati berlambak-lambak, dadah berleluasa, dan jenayah meningkat tak dapat tidak mesti tumbuk rusuk penguatkuasa bawah meja ni, kan?
Kepimpinan PDRM perlu reformasi dalam memastikan pegawai dan anggota mempunyai tahap intergiti yang tinggi terutama pegawai2 atau anggota yng beragama Islam dengan memberi ilmu Islam yang memberi penekanan ketakwaan.Cadangkan supaya setiap anggota atau pegawai beragama Islam dibekalkan Al-Quran sepanjang tugas supaya siapa2 yg cuba menggangu semasa bertugas mereka dengan membaca surah Al Quran