Saifuddin Nasution Ismail

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) memohon maaf kepada para pengundi di Julau dan Tebrau di atas sikap dua Ahli Parlimen yang keluar parti hari ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Majlis Pimpinan Pusat juga telah membuat keputusan hari ini untuk memecat Ketua cabang Julau, Larry Sng dan Ketua Cabang Tebrau, Steven Choong sebagai anggota PKR  dengan serta-merta.

Susulan tindakan kedua-dua ini, jentera PKR di kedua-dua cabang tersebut diminta melipat gandakan usaha mendampingi rakyat, menyelesaikan isu dan masalah, serta bersiap sedia mengambil semula kerusi-kerusi ini pada Pilihan Raya Umum ke-15 kelak.

”Majlis Pimpinan Pusat juga telah membincangkan tindakan mahkamah yang telah dan akan diambil terhadap mereka yang telah bertanding di atas tiket KEADILAN tetapi telah mengkhianati mandat rakyat dan keluar parti.

”Apa yang jelas, pada ketika wabak Covid-19 masih merebak dan ekonomi negara terus suram, darurat digunakan sebagai alasan mengekalkan kuasa kerajaan yang telah hilang sokongan majoriti iaitu dengan memberi masa untuk mendapatkan sokongan Ahli-Ahli Parlimen melalui ugutan mahupun tawaran jawatan dan habuan,” kata beliau.

Walaupun dengan pengkhianatan dua Ahli Parlimen hari ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu sedar bahawa majoriti Ahli-Ahli Parlimen sudah tidak lagi bersama beliau, ujarnya.

Menurut Saifuddin, Muhyiddin sepatutnya tidak lagi berusaha untuk mengekalkan kerajaan yang lemah ini tetapi meletakkan jawatan secara terhormat berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. memang patut PH dihancurkan kerana ada si bodoh Saifuddin Nasution Ismail ..
    TSMY dipilih oleh YDPA
    kann TSMY sudah janji selepas wabak covid19 beransur-ansur pulih PRU15 akan diadakan..
    Saifuddin Nasution Ismail dgn DSAI hanya fikir tentang diri mereka bukan RAKYAT

  2. Pergolakan kuasa politik padahnya minoriti bukan pribumi miliki kuasa majoriti ekonomi jelas bercanggah dan mencabuli Kontrak Sosial dan hak perlembagaan keistimewaan Melayu maka darurat terus perlu.

Comments are closed.