Tangku Zafrul Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Ahli-ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan diberikan kelonggaran untuk membuat pindaan pada butiran permohonan seperti jumlah dipohon, maklumat bank, alamat, nombor telefon serta mod bayaran di laman i-Sinar Online mulai 8 Mac ini.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz yakin perkembangan ini sangat ditunggu-tunggu oleh rakyat.

”Adalah diharapkan kemudahan i-Sinar ini akan sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang ditanggung,” katanya dalam kenyataan Laporan Laksana Ke-43 hari ini.

Menurutnya, permohonan baharu i-Sinar yang memansuhkan semua kriteria akan dibuka pada tarikh tersebut.

Permohonan dibuka kepada semua ahli di bawah umur 55 tahun, tertakluk kepada baki di dalam Akaun 1 ahli.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, permohonan yang dibuat sebelum 25 Februari akan diberi kelulusan secara berperingkat dan bayaran akan dibuat bermula 2 Mac lalu.

Ia melibatkan permohonan yang masih menunggu keputusan kelulusan dan yang berstatus tidak lulus, sebelum penambahbaikan i-Sinar tanpa kriteria dibuat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast