Farhan Roslan.

KUALA LUMPUR – Perak FC mendapat dua bintang baharu, Muhammad Farhan Roslan dan Izaaq Izhan Yuswardi bagi mengukuhkan pasukan itu dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) 2021 yang membuka tirai esok.

Namun kehadiran Farhan mengejutkan ramai kerana dianggap permata Kedah dan mendapat julukan ‘Messi Kedah’.

Dia pernah dinobatkan sebagai Pemain Muda Harapan dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2014 dan diharap mampu mengisi kekosongan jentera serangan Perak selepas Muhammad Shahrel Fikri Md. Fauzi ke Selangor.

Ketua Jurulatih Perak FC, Chong Yee Fatt mengesahkan pengambilan dua pemain itu yang sudah sah mempunyai ikatan dengan pasukan Bos Gaurus itu.

Menurut Yee Fatt, dia terpaksa merahsiakan pengambilan kedua-dua pemain itu kerana bimbang rundingan gagal di tengah jalan.

Katanya, Farhan, 24, dipinjamkan kepada Perak, manakala Izaaq, 25, musim lalu bersama Negeri Sembilan adalah pemain pertahanan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast