Gambar yang dimuatnaik oleh Nancy di Laman Facebooknya hari ini

KUALA LUMPUR – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, hari ini menjalani suntikan vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan Sadong Jaya.

Ahli Parlimen Batang Sadong itu berkata, beliau memilih untuk mengambil vaksin bagi memberi keyakinan kepada rakyat.

“Saya menasihatkan orang ramai agar tidak ragu atau bimbang, memandangkan kerajaan sudah memastikan vaksin ini selamat.

“Pelbagai kajian sebagaimana dilakukan negara luar sudah dijalankan,” katanya dalam posting di Facebook.

Turut menerima suntikan hari ini adalah Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan di klinik kesihatan di daerah itu.

“Syukur, terima kasih 111 Ahli Parlimen yang menyokong bajet 2021, maka kerajaan ada wang untuk vaksin,” katanya.

Selain dua rakyat itu, hari ini menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Ir Aidel Lariwoo mengambil imunisasi sama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast