Pekerja, Jamaluddin Zakaria, 57, mengunakan sebuah bot untuk mencari daun nipah tua sekitar Sungai Selangor di Kampung Kuantan, Kuala Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 05 MAC 2021.

Walaupun dihambat arus kemodenan, permintaan terhadap atap nipah masih lagi mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Pengusaha, Masbudi Abdul Malek, 35, dari Kampung Kuantan, Kuala Selangor mewarisi perusahaan bapanya, Abdul Malek Puteh sejak 17 tahun yang lalu.

Menurut Masbudi, permintaan yang berterusan daripada pelanggan kadang kala membuatkannya tidak menang tangan untuk menyiapkan tempahan.

“Lebih-lebih lagi bila diiklankan menerusi media sosial, memang sambutan amat menggalakkan,” katanya.

Tambah Masbudi, atap nipah masih menjadi pilihan masa kini kerana keupayaan untuk menyejukkan kediaman dan membuatkan suasana sesuatu ruang lebih nyaman.

Sementara itu, berkongsi pengalaman menghasilkan atap tradisional itu, pekerja, Jamaluddin Zakaria berkata, dia akan menaiki sebuah bot untuk ke kawasan hutan paya dengan menyusuri Sungai Selangor bagi mencari daun nipah tua.

“Selain itu, cabaran paling getir yang pernah saya hadapi adalah serangan haiwan liar dan berbisa seperti babi atau ular,” katanya.

Jamaluddin berkata, selepas selesai mencari daun nipah tua, seorang lagi pekerja, Zainab Daud, 67, siap sedia menunggu di bawah sebatang pokok bagi menjalankan kerja-kerjas menjahit daun.

Tambah Zainab, kerja mengikat atau menjahit daun nipah untuk dijadikan atap memerlukan kesabaran dan kemahiran yang tinggi kerana ia perlu dilakukan secara teliti supaya hasilnya tampak kemas dan berkualiti.

Orang ramai yang meminati atap tradisional ini dan ingin mendapatkannya boleh menghubungi Masbudi menerusi nombor 012-4064712.

Pokok Nipah adalah sejenis palma yang tumbuh di kawasan berpaya atau tanah lembab di Kampung Kuantan, Kuala Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 05 MAC 2021.
Pekerja, Jamaluddin Zakaria, 57, memotong ranting pokok bagi membuat laluan ke kawasan hutan paya di Kampung Kuantan, Kuala Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 05 MAC 2021.
Pekerja, Jamaluddin Zakaria, 57, memikul pelepah daun nipah tua di kawasan hutan paya sekitar Kampung Kuantan, Kuala Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 05 MAC 2021.
Pekerja, Jamaluddin Zakaria, 57, melakukan teknik mengikat daun nipah supaya lebih kemas dan padat di kawasan hutan paya sekitar Kampung Kuantan, Kuala Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 05 MAC 2021.
Pekerja, Jamaluddin Zakaria, 57, melakukan teknik mengikat daun nipah supaya lebih kemas dan padat di kawasan hutan paya sekitar Kampung Kuantan, Kuala Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 05 MAC 2021.
Pekerja, Jamaluddin Zakaria, 57, melakukan proses untuk dijadikan tali pengikat daun nipah di kawasan hutan paya sekitar Kampung Kuantan, Kuala Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 05 MAC 2021.
Pekerja, Jamaluddin Zakaria, 57, mengangkat daun nipah tua di kawasan hutan paya sekitar Kampung Kuantan, Kuala Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 05 MAC 2021.
Pekerja, Jamaluddin Zakaria, 57, memikul daun nipah tua di kawasan hutan paya sekitar Kampung Kuantan, Kuala Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 05 MAC 2021.
Pekerja, Jamaluddin Zakaria, 57, mencari pokok bemban untuk menjadikan kulitnya sebagai tali bagi menjahit anyaman atap nipah di Kampung Kuantan, Kuala Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 05 MAC 2021.
Pekerja, Zainab Daud, 67, melakukan kerja menjahit atap nipah menggunakan kulit pokok bemban yang diraut halus di Kampung Kuantan, Kuala Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 05 MAC 2021.
Pekerja, Zainab Daud, 67, meraut kulit pokok bemban untuk menjahit atap nipah di Kampung Kuantan, Kuala Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 05 MAC 2021.
Pekerja, Zainab Daud, 67, meraut kulit pokok bemban untuk menjahit atap nipah di Kampung Kuantan, Kuala Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 05 MAC 2021.
Pekerja, Jamaluddin Zakaria, 57, memikul daun nipah yang telah siap dijahit di Kampung Kuantan, Kuala Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 05 MAC 2021.
Pekerja, Jamaluddin Zakaria, 57, menjemur daun yang siap dijahit sehingga kering di Kampung Kuantan, Kuala Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 05 MAC 2021.
Pekerja, Jamaluddin Zakaria, 57, menjunjung daun nipah yang telah kering ke tempat simpanan untuk dijual kepada pelanggan di Kampung Kuantan, Kuala Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 05 MAC 2021.
Daun nipah yang telah kering disimpan ke satu tempat untuk dijual kepada pelanggan di Kampung Kuantan, Kuala Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 05 MAC 2021.
Atap nipah memiliki kelebihan kerana ia lebih sejuk dan tidak menyimpan haba di sekitar Hulu Langat, Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 05 MAC 2021.