Seramai 11 wanita antara 19 PATI Indonesia yang ditahan menceroboh masuk negara melalui jalan laut dari tanjung Balai, Indonesia semalamberjaya ditahan PGA menerusi Op Benteng Covid-19.Photo Ihsan PGA Batalion 4 PDRM.

KUALA LUMPUR – Tindakan sekumpulan warga asing Indonesia yang mendarat secara haram di perairan negara ini menggunakan bot akhirnya tumpas di tangan pihak berkuasa.

Kesemua pendatang asing tanpa izin (PATI) itu ditahan dalam Op Benteng yang dilaksanakan Pasukan Gerakan Am, kata Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA Polis Diraja Malaysia, Superintendan Rizal Mohamed.

“Pada Sabtu (semalam) antara jam 7.30 pagi hingga 12 tengahari, pasukan PGA Batalion 4 PGA Semenyih yang terlibat dalam rondaandan pemantauan Op Benteng dan hasilnya berjaya menahan 19 orang individu warga Indonesia disyaki PATI dan 11 daripadanya wanita di Jalan Parit 4, Pantai Burung, Tanjung Karang, Kuala Selangor.

“Hasil siasatan lanjut, kesemua individu berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah dan dipercayai masuk ke negara ini melalui jalan laut iaitu laluan yang tidak diwartakan,” katanya dalam kenyataan kejayaan hari ini.

Tambah Rizal, mereka menggunakan bot dari Tanjung Balai, Indonesia dan mendarat di pesisir pantai Kampung Sungai Burung, Tanjung Karang.

Katanya, kesemua individu berkenaan adalah berusia antara 23 hingga 49 tahun.

“Mereka dibawa ke Balai Polis Tanjung Karang untuk tindakan lanjut dibawah Akta Imigresen 1959/63. Mereka akan menjalani ujian saringan Covid-19 bagi mencegah penularan virus dalam kalangan pesalah dan juga petugas PDRM,” katanya.

Justeru, Pegawai Pemerintahh Batalion 4 PGA itu menyeru masyarakat agar memberi kerjasama dan menyalurkan maklumat kepada PDRM berkaitan aktiviti yang menyalahi undang-undang negara ini. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Pati bertuah ditanggung JIM $90 ringgit setiap pati setiap hari hotel 5 stars pun $50 sehari seorang dong. Selamat kembali sila datang lagi ya dong.

Comments are closed.