Lim Guan Eng
Lim Guan Eng

GEORGE TOWN – DAP tidak akan bekerjasama dengan UMNO kecuali isu membabitkan kepentingan rakyat, kata Lim Guan Eng.

Perkara itu ditegaskan Setiausaha Agung DAP itu bagi menjawab dakwaan pihaknya akan berganding bahu dengan UMNO susulan pucuk pimpinan parti itu membuat keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada PRU-15.

“Tiada halangan untuk kami kerjasama dengan UMNO membabitkan kepentingan rakyat tetapi bukan atas dasar parti.

“Sebagai contohm sebelum ini DAP bersetuju dengan UMNO agar sidang Parlimen diadakan bagi membahaskan isu berkaitan Covid-19,” katanya pada sidang akhbar di Wisma DAP Pulau Pinang hari ini.

Media tempatan sebelum ini melaporkan surat UMNO kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan pendirian menolak kerjasama dengan Bersatu dibuat selepas mengambil kira pandangan akar umbi.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata keputusan itu juga dibuat selepas mempertimbangkan kedudukan parti itu dalam kerajaan ketika rakyat berhadapan dengan pandemik Covid-19.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast