KUALA LUMPUR – Seorang penunggang motosikal maut selepas kenderaan yang dinaiki bergesel dengan sebuah treler di susur ke Lebuhraya Sultan Iskandar Shah pagi ini.

Siasatan di lokasi kejadian mendapati motosikal mangsa berada di antara Perodua Axia di lorong kanan dan treler di lorong kiri.

”Semasa mangsa berada di antara kereta dan treler, lelaki itu telah bergesel di bahagian sisi kiri kereta menyebabkan dia jatuh di bawah tayar sebelah kanan sebelum digilis,” kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Zulkifly Yahya.

Akibat kemalangan, mangsa yang berusia 28 tahun cedera parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mayat pekerja MRT itu telah dibawa ke Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan bedah siasat akan dibuat setelah keputusan ujian Covid-19 diperolehi. – MalaysiaGazettte

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast