Datuk Seri Shahidan Kassim.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim dilantik sebagai pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) berkuat kuasa serta-merta.

Perkara tersebut diumumkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin pada satu sidang media hari ini.

Zuraida berkata pengalaman lima penggal sebagai wakil rakyat dan dalam tadbir urus yang ada pada Shahidan amat diperlukan untuk melonjakkan prestasi PR1MA.

“Pengalaman beliau sebagai menteri besar Perlis dan pernah bertugas sebagai menteri di jabatan perdana menteri, jadi ini adalah tempat yang betul untuk beliau menjadikan misi bagi menyediakan kediaman mampu milik di negara ini,” katanya ketika mengadakan lawatan di ibu pejabat PR1MA di sini hari ini.

Beliau turut mengumumkan pelantikan Shahidan sebagai pengerusi Perbadanan Perumahan Malaysia.

Perbadanan itu ditubuhkan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai entiti yang akan menyelaraskan kesemua agensi pembangunan perumahan dalam merancang pembinaan dan menyediakan pelan kewangan bagi Rumah Mampu Milik (RMM).

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.