KUALA LUMPUR – Puisi yang dinaikkan oleh ibu kepada pelakon Hannah Delisha iaitu Noor Ashikin Ahmad dengan tanda pagar ‘ibu tidak terus’ menjadi tanda tanya sehingga timbul pelbagai spekulasi mengenai perkahwinan Hannah dan Imam Shah.
“SubhanAllah. Allah menentukan segalaNya. Semoga mahligai yang dibina sampai ke Syurga. Doaku tidak akan putus menjadi penghalang segala musibah. Allah itu Al-‘Alim.
“Ingat itu Imam & Hannah, teruskan bersabar. Mummy sayang kamu berdua. Semoga Allah melindungimu anak-anakku,” tulisnya menerusi satu posting di Instagram.
Selain itu, menerusi satu posting yang lain pula, Mariana turut menyatakan dia merestui perkahwinan anaknya dan Hannah.
“Syurga-Mu merestuimu, anakku. #imampadahannah #1802,” tulisnya ringkas.
Hannah dan Imam mendirikan rumah tangga pada 18 Februari lalu setelah lima tahun menjalinkan hubungan. – MalaysiaGazette