Seorang wanita cuba membunuh diri untuk terjun dari bumbung jejantas Stesen Monorail Jalan Maharajalela hari ini.- Gambar Jabatan Bomba dan Penyelamat.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita cuba membunuh diri untuk terjun dari bumbung jejantas Stesen Monorail Jalan Maharajalela hari ini.

Wanita itu juga memegang sebilah pisau dan meletakkan ke leher bertujuan menghalang pihak yang cuba menyelamatkannya.

Kejadian berlaku pukul 8.57 pagi tadi.

Bagaimanapun hasil tindakan pantas pasukan bomba berjaya menyelamatkan wanita berusia 39 tahun itu dari bumbung yang berketinggian 30 kaki.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Wan Hamizan Kamaruddin dalam satu kenyataan berkata, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mangsa kini diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast