Mak Kah Keong

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) yang ke-49 esok.

Menurut kenyataan Gerakan hari ini, persidangan akan berlangsung secara hibrid dengan kehadiran fizikal di Dewan Wawasan Tun Dr Lim Keng Yaik, Menara PGRM serta secara maya.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dijadual merasmikannya secara maya.

Parti Gerakan diterima menganggotai gabungan PN secara rasmi pada 11 Feb lalu, selepas diluluskan sebulat suara oleh Majlis Tertinggi PN.

Setiausaha Agung Gerakan Mak Kah Keong sebelum ini dilaporkan berkata persidangan itu akan berlangsung selama dua hari, bermula dengan persidangan Pemuda dan Wanita pada malam ini.

Ini akan disusuli Persidangan Perwakilan Nasional pada esok yang didahului dengan ucapan alu-aluan Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai sebelum perasmian oleh Muhyiddin.

Antara agenda persidangan ialah cadangan pindaan perlembagaan parti melibatkan Artikel 5 dan Artikel 6 yang berkaitan emblem dan bendera parti; serta Artikel 9.1 untuk membuka keahlian kepada individu berusia 16 tahun berbanding 18 tahun sebelum ini.

Menurut kenyataan itu, Gerakan juga akan melancarkan Skuad Satu Hati.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast