KUALA LUMPUR – Kepimpinan tertinggi UMNO dan Pas bersetuju untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengguris perasaan masing-masing.
Mereka juga tidak melayani sebarang unsur provokasi yang boleh merenggangkan hubungan kedua-dua parti yang sudah terjalin.
Keputusan itu dicapai semasa Mesyuarat Jawatankuasa Induk Perundingan Muafakat Nasional UMNO-Pas dua hari lalu, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dasuki.
Menurutnya, jika hendak diungkit segala permasalahan dan peristiwa lampau sudah tentu masing-masing boleh menyelongkar 1001 cerita-cerita pahit dan perit yang dialami.
”Sebab itulah, waktu kita mula menggerakkan agenda Penyatuan Ummah dengan lebih 800 program di peringkat bahagian dan kawasan sepanjang 18 bulan, sebelum memeterai Piagam Muafakat Nasional pada 14 September 2019, kita tekad meletakkan taqwa dan iman sebagai asas ikatan permuafakatan yang dijalinkan.
”Ini berpandukan kepada Ali-Imran 103, bagaimana Allah menurunkan ayat ini untuk mengisyaratkan bagaimana Aus dan Khazraj pada awal penghijrahan Nabi S.A.W. yang sudahpun berjaya disatukan hati-hati mereka akhirnya hampir-hampir berantakan kembali, hanya kerana termakan dengan adu-domba dan hasutan mereka yang cuba menghimbau sejarah hitam lampau kerana tidak senang dengan permuafakatan yang terjalin,” katanya. – MalaysiaGazette
Ok. I do the counting. Moh tgk berapa lama Asyraf Wajdi bleh puasa mulut dia dr guris perasaan rakan parti.