Foto Agensi

WASHINGTON- Pentadbiran Joe Biden memberi bantuan deportasi dan permit kerja sementara kepada rakyat Myanmar tinggal di Amerika Syarikat (AS) disebabkan ketegangan yang melanda negara itu.

Keputusan itu bermakna, kira-kira 1,600 rakyat Myanmar yang kini berada di AS termasuk diplomat yang lantang mengkritik junta tentera boleh mendapatkan Status Perlindungan Sementara (TPS) selama 18 bulan.

Perkara itu dimaklumkan oleh dua pegawai kanan kerajaan kepada Reuters.

“Ini disebabkan oleh rampasan kuasa oleh terntera dan keganasan pasukan keselamatan terhadap orang awam.

“Rakyat Myanmar kini sedang mengalamai penderitaan teruk dan krisis kemanusian ini berlaku di banyak kawasan di negara berkenaan,” kata Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri, Alejandro Mayorkas.

Bantuan itu hanya diberikan kepada warga Myanmar yang sedang menetap di AS dan boleh menunjukkan bukti mereka masih lagi tingga di negara itu setakat 11 Mac 2021.

Dalam pada itu, seorang pegawai kanan pentadbiran memberitahu, para diplomat Myanmar yang berani bersolidariti bersama rakyat mereka untuk menentang junta tentera termasuklah Wakil Tetap PBB, Kyaw Moe Tun boleh tinggal di AS di bawah program berkenaan.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Dahulu berpesta membunuh dan menghalau orang2 Rohinga, Arakan, kini berbunuhan sesama sendiri?

    Diharap kerajaan tak masuk campur dalam hal2 dalaman mereka!

Comments are closed.