Pucuk pimpinan PKR dijangka akan membuat kenyataan berhubung tindakan Datuk Dr Xavier Jayakumar keluar parti hari ini.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pucuk pimpinan PKR dijangka akan membuat kenyataan berhubung tindakan Datuk Dr Xavier Jayakumar keluar parti hari ini.

Menurut sumber, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan membuat kenyataan berhubung perkara itu

Terdahulu, Xavier yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat itu menyatakan sokongannya kepada kerajaan sekarang sebagai ahli Parlimen bebas.

“Saya akan meneruskan khidmat di kawasan dan menyokong kerajaan dan yakin dapat memenuhi janji-janji saya kepada penduduk Kuala Langat,” kata Xavier dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum itu, dua ahli Parlimen PKR iaitu Larry Sng (Julau) dan Steven Choong (Tebrau) telah meninggalkan PKR pada Februari lalu.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Keluar PKR, Xavier sudah maklum kepada Speaker Dewan Rakyat

2 Komen

  1. Apa jadi dengan anwar sekarang. Mau letak jawatan ke mau tunggu apa tengok . Daripada cukup bilang menyakinkan hingga satu persatu kurang . Ini lambang ahli dah tak sukakan anwar lagi dah ni . Buatlah bedah siasat tengok apa sebenar telah berlaku dalam pkr . Ahli amanah saja je minat dengan pkr ni .

  2. syaa ulang saayaaa ulang …ini bukan main2…tgok sini ini anwar cakap sya ada cukup NOMBOR EKOR KEPALA dan majoriti menakinkan.bla bla bla ??????

Comments are closed.