Saifuddin Nasution Ismail

KUALA LUMPUR – Datuk Dr Xavier Jayakumar yang baru keluar parti hari ini didakwa mengakui menjadi sasaran siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu dimaklumkan Ahli Parlimen Kuala Langat itu kepada pucuk pimpinan parti.

“Dr Xavier baru-baru ini telah bertemu pimpinan KEADILAN memaklumkan bahawa pihak SPRM menjadikan beliau sasaran siasatan setelah SPRM sebelumnya menahan setiausaha politik, pembantu peribadi dan beberapa kenalan beliau berkait satu kes yang sedang berjalan.

“Dr Xavier kemudiannya dihubungi seorang menteri kanan yang menyatakan beliau perlu menyokong Perikatan Nasional atau hadapi akibat yang serius,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dakwa Saifuddin, keputusan yang diumumkan Xavier terjadi dengan latar belakang kenyataannya beberapa minggu lepas bahawa ujudnya usaha tersusun oleh kerajaan minoriti untuk menarik sokongan ahli-ahli Parlimen pembangkang dengan cara umpan dan ugutan menggunakan PDRM, LHDN dan SPRM.

“Bagaimanapun, hal yang berlaku sekarang adalah, instrumen pemerintah termasuk SPRM sedang diperguna ahli politik kanan dalam pentadbiran Perikatan Nasional untuk mengalih sokongan Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan pembangkang kepada Perikatan Nasional.

“Ini adalah satu bentuk salahguna kuasa, terutama tatkala kita sedar isu rasuah dan salahguna kuasa yang dilakukan pihak Perikatan Nasional seperti tidak diambil tindakan oleh pihak berwajib,” katanya lagi.

Menurutnya, amat jelas kerajaan minoriti hari ini berlapik dengan alasan darurat dan menggantung Parlimen sambil pada masa sama berusaha mendapatkan sokongan lebih ramai ahli Parlimen dengan cara menggunakan agensi-agensi tertentu melalui taktik umpan habuan, tekanan dan ugutan.

“Sebagai seorang yang lama mengenali Dr Xavier Jeyakumar – tindakan dan alasan-alasan beliau dalam kenyataan hari ini menimbulkan pelbagai tanda tanya. Namun yang membezakan reformis tulin dengan yang lain ialah tahan diuji pada masa senang dan sukar,” ujarnya.

Beliau seterusnya mengulangi gesaan agar semua ahli Parlimen PKR untuk kekal teguh dan Istiqamah berpegang kepada prinsip dan landasan perjuangan reformasi tanpa tunduk dengan umpan habuan dan ugutan.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Xavier keluar PKR jadi wakil rakyat bebas sokong PN

5 Komen

  1. Kiranya dia ini orang bersalah ke? Kenapa PKR simpan YB yang tidak bermoral? Sepatutnya PKR buang semua YB-YB yang tidak bermoral ni.Biar jadi suci dalam debu.

  2. Yg pastinya majoriti rakyat nk tgok PH lingkop. Jadi kerajaan pun hanya bertahan 22 bulan. PH ditubuhkan oleh DAP yg bencikan penyatuan org melayu yg mula digerakkan oleh PAS selepas PRU13. Sbb tu geng mat sabu keluaq PAS sbb tk suka kpd penyatuan org melayu.

  3. Jangan cover YB yang lompat. It’s either what he says is right that PKR is no more relevant or he is getting away from the things he committed.
    Kalau dia tak bersalah then buat PC cakap ada prang your dia.
    PKR allowed this thing to happen is going to damage the party itself. How many more will fo”ow him with this method. Time to stop all rubbish or be irrelevant party in GE15.

  4. Yang pasti SPRM sekarang jauh lebih bagus berbanding zaman dibawah Pakatan Hancing dahulu dahulu?

    Teruskan usaha cemerlang ini, jom sama2 beri sokongan padu kepada SPRM!

  5. Diharap pihak SPRM dapat juga menyiasat TUYUL2 BUTAK yang dilepaskan oleh Pakatan Hancing didalam kerajaan dahulu kerana mereka juga dilihat menjadi antara penyumbang kepada kemerosotan ekonomi negara?

    Mereka dikatakan telah melelong aset2 strategik negara kepada kaum2 kroni?

Comments are closed.