Indonesa menangguhkan penggunaan Astrazeneca sementara menunggu laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

JAKARTA – Indonesia menangguhkan sementara cadangan menggunakan vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca berikutan terdapat laporan vaksin itu menyebabkan berlakunya risiko pembekuan darah.

Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin ketika bercakap di Parlimen Indonesia seperti dipetik media tempatan berkata, Indonesia kini menunggu laporan lengkap berhubung laporan itu daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Langkah itu dilakukan selepas Ireland dan Belanda yang turut menangguhkan penggunaan vaksin keluaran AstraZeneca itu.

Indonesia sebelum ini dijadualkan menerima 1.1 juta dos vaksin AstraZeneca akhir Mac ini, manakala 10 juta lagi dos dijangka diterima pada akhir April.

Setakat ini, Indonesia menggunakan vaksin keluaran syarikat China, Sinovac yang menyasarkan suntikan vaksin kepada lebih 182 juta penduduk negara itu.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia, setakat semalam, Indonesia mencatatkan 1.42 juta kes positif COVID-19, manakala jumlah pesakit yang sembuh sebanyak 1.24 juta.

Proses vaksinasi yang bermula sejak 13 Jan lepas, setakat ini telah menyuntik lebih 4.1 juta penerima untuk vaksin pertama, manakala bagi vaksin kedua melibatkan lebih 1.5 juta penduduk.

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast