PETALING JAYA – Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Xavier Jayakumar berjumpa dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim seminggu sebelum beliau bertindak keluar parti pada Sabtu lalu.
Anwar berkata, mereka berdua ada membincangkan perkara itu dan akan membantu beliau.
“Dia jumpa saya seminggu sebelum itu. Dia jumpa saya dan sebut pasal masalah dia hadapi. Saya beritahu dia kita akan bantu dan kita akan lawan.
“Dia juga sebut dia jumpa Menteri Kanan yang beri ugutan, setakat itu saja,” katanya pada sidang media selepas mengadakan mesyuarat dengan kepimpinan PKR di sebuah hotel, disini hari ini.
Pada Sabtu lalu Xavier pada mengumumkan meletak jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan keluar parti itu berkuatkuasa serta-merta.
Dalam satu kenyataan, beliau turut mengumumkan akan menjadi ahli Parlimen bebas dan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Menurutnya, tindakan tersebut diambil kerana kekecewaan beliau terhadap situasi politik yang berlaku dalam negara ketika ini.
Ditanya samada Pakatan Harapan (PH) akan mengutuskan saman terhadap Xavier, Anwar berkata, parti terpaksa melaksanakan perkara itu dan Xavier maklum akan pelaksanaan itu.
“Ya. Surat itu biasa dan dia pun tahu. Kita terpaksa laksanakan,” katanya lagi.
Sebelum ini, PKR mengutuskan surat saman terhadap Datuk Zuraida Kamaruddin dengan menuntut bekas naib presiden itu membayar RM10 juta kepada parti seperti dalam terma dan syarat di bawah bon ditandatangani dan mengikat dirinya.
Zuraida bersama 11 ahli Parlimen lain didakwa meninggalkan PKR pada Februari lalu untuk bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), UMNO-BN dan GRS bagi membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Untuk rekod, semua Ahli Parlimen PKR menandatangani perjanjian sebelum pilihan raya umum 2018 dan bersetuju dengan syarat bahawa mereka akan dikenakan denda RM10 juta sekiranya melompat parti. – MalaysiaGazette
hehehe..PKR kluarkan saman pada bekas pemimipin PKR, yang bayar nanti PPBM..kes semua automatik lupus, deal done..bukan susah nak cari duit..!!