Razali Mohd Sham
KUALA LUMPUR – Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH) lega dan berterima kasih dengan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membantu industri pelancongan negara.
Presidennya, Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, dengan insentif pemulihan ini, PAPUH yakin ini dapat membantu ahli-ahli bangun kembali setelah lumpuh akibat Pandemik Covid -19.
Dengan perlepasan khas cukai pendapatan individu sebanyak RM1,000 pula dapat menggalakkan rakyat Malaysia melakukan percutian mereka melalui agensi pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya ( MOTAC),
MOTAC yang akan mengerakkan kembali rantaian pelancongan seperti hotel, syarikat penerbangan, restoran, taman tema, kedai cenderahati dan lain-lain.
Menurutnya, bagi Geran Bantuan Khas secara one-off sebanyak 3,000 ringgit kepada lebih 5,000 agensi pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC, PAPUH yakin dengan bantuan
ini sedikit sebanyak dapat membantu ahli-ahlinya untuk membuka kembali perniagaan
mereka.
”PAPUH berharap agar ahli-ahli dapat menggunakkan bantuan ini dengan sebaik mungkin, walaupun bantuan ini nampak kecil, sekurang-kurang dapat sedikit sebanyak mengurangkan beban syarikat,” katanya di sini.
Dengan trend penuranan kes jangkitan harian Covid-19 di dalam negara, PAPUH juga yakin Kerajaan Malaysia akan berusaha membuka semula pintu sempadan negara dalam masa yang terdekat ini.
Langkah ini  membolehkan pelancongan asing masuk ke negara dan membolehkan rakyat Malaysia mengerjakan ibadah umrah di bulan Ramadan yang akan tiba, sekali gus dapat memulihkan kembali ekonomi negara dalam. – MalaysiaGazette