Program Pensijilan Profesional Pembangunan Kerjaya itu anjuran INSAN dengan kerjasama Manforce Group Berhad dan UTM SPACE selaku pengiktiraf sijil.

KUALA LUMPUR – Insan Development Academy (INSAN) menyasarkan seramai 3,000 golongan remaja dan belia yang tercicir dalam pelajaran dalam usaha mengubah hidup mereka.

Pengasas Program INSAN, Dr Mohd. Zamri Nordin berkata, pihaknya sedia membantu golongan daripada keluarga B40 dengan menawarkan peluang kedua membina kerjaya melalui pengajian dan kemudahan asas yang disediakan secara percuma.

Jelas beliau, ia merupakan usaha INSAN untuk membentuk sikap golongan itu agar dapat bersaing dalam membina kerjaya melalui tawaran jaminan pekerjaan pada masa akan datang.

“Hasrat kami mahu membentuk insan untuk membetulkan sikap mereka agar berdaya saing, berkerjaya dan bertanggungjawab pada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

“Justeru program di INSAN mengiktiraf peserta melalui pensijilan profesional berdasarkan pengalaman bekerja mereka dengan mengenal pasti tugasan di industri yang sesuai,” katanya.

Insan Developement Academy akan Manforce Group Berhad untuk membekal peserta kepada pihak industri.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penganugerahan Pensijilan Profesional Pembangunan Kerjaya di sini semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat

Program Pensijilan Profesional Pembangunan Kerjaya itu anjuran INSAN dengan kerjasama Manforce Group Berhad dan UTM SPACE selaku pengiktiraf sijil.

Penganjuran majlis itu bertujuan meraikan seramai 120 peserta yang telah berjaya menamatkan program tersebut sejak bermula Jun tahun lalu dengan syarat usia bermula 18 hingga 37 tahun.

Mengulas, Dr Mohd. Zamri menambah, peserta program pensijilan itu perlu menjalani sesi teori selama lapan hari dan latihan di industri selama enam bulan.

Menurut beliau, sepanjang program itu, peserta akan dibayar elaun antara RM700 hingga RM900 tidak termasuk kerja lebih masa dengan tempat tinggal disediakan secara percuma.

“Kebanyakan peserta yang tamat program ditawarkan pekerjaan tetap di industri pilihan mereka.

“Ketika ini seramai peserta sedang mengikuti program pensijilan ini malam bermula ambil kemasukan keenam, terdapat peserta yang memiliki ijazah dan memiliki pengalam bekerja berbelas tahun termasuk di sektor perbankan,” katanya.

Seramai 120 peserta yang telah berjaya menamatkan Program Pensijilan Profesional Pembangunan Kerjaya yang bermula sejak Jun tahun lalu.

Dr Mohd. Zamri menegaskan, kini tiada lagi alasan buat golongan remaja dan belia yang tidak memiliki sijil dalam pelajaran sama ada PT3 atau Sijil Pelajaran Malaysia untuk tidak merebut peluang yang ditawarkan oleh INSAN.

Kata belia, peluang telah  terbentang di depan mata golongan itu untuk mengubah masa depan karier mereka yang lebih baik pada masa akan datang.

“Kepada mereka keciciran pelajaran, jangan lepaskan peluang bekerja sambil belajar dan pada masa mendapat sijil profesional untuk mengubah masa depan.

“INSAN juga akan terus ke padang untuk mencari golongan ini dengan kerjasama komuniti sambal berharap lebih ramai wakil rakyat sudi membantu menjayakan program ini untuk  remaja dan beliau di kawasan mereka,” katanya.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast