Abdul Jalil Abdul Rasheed

KUALA LUMPUR – Berjaya Corporation Bhd (BCorp) mengumumkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulannya yang baru dilantik, Abdul Jalil Abdul Rasheed telah mengambil alih 70 juta saham BCorp dengan harga 28 sen sesaham.

BCorp dalam kenyataan hari ini berkata, pengambilalihan itu bersamaan dengan 1.4 peratus daripada jumlah keseluruhan lima bilion saham syarikat itu.

“Pengambilalihan kepentingan ekuiti dalam BCorp oleh Abdul Jalil mempamerkan tadbir urus korporat yang baik, beliau sebagai CEO kumpulan dan pemegang saham minoriti akan bertindak demi kepentingan syarikat dan pelbagai pihak berkepentingan,” katanya.

Sementara itu, Abdul Jalil berkata, sebagai pemegang saham dan CEO kumpulan, ia akan membolehkannya melakukan perubahan dengan insentif yang tepat.

Beliau berkata, ia juga merupakan undi percaya dalam syarikat itu dan menunjukkan keseriusan dalam fasa penginstitusian yang sedang dilakukan oleh syarikat tersebut.

“Saya mengambil peranan sbagai CEO kumpulan ini untuk melakukan transformasi BCorp. Berdasarkan pengalaman saya, projek sebesar ini mendapat pencapaian terbaik apabila pemimpin diberi insentif dan seiring dengan semua pemegang saham minoriti,” katanya.

Abdul Jalil dilantik sebagai CEO Kumpulan BCorp pada 16 Mac, sebelum ini beliau memegang jawatan sebagai Presiden dan CEO Permodalan Nasional Bhd. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast