Bendera Korea Utara di Kedutaan Korea Utara, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 20 MAC 2021.

WASHINGTON – Korea Utara telah melepaskan dua peluru berpandu jarak dekat pada hari Sabtu dan Ahad.

Bagaimanapun bedilan itu tidak dilaporkan.

Pegawai kanan pentadbiran Joe Biden menganggap pelancaran itu sebagai “aktiviti biasa” yang berada di tahap rendah daripada spektrum provokasi Korea Utara.

Washington Post, media yang pertama melaporkan bedilan itu.

Peliknya, sama ada Korea Utara atau Korea Selatan memaklumkan bedilan kedua-dua peluru berpandu itu dilakukan secara rutin oleh kedua-dua negara.

Korea Utara biasanya memaklumkan pelancaram peluru berpandu untuk mempromosi teknologinya, sementara Korea Selatan pula akan memberikan maklumat terkini.

Pelancaran hujung minggu ini adalah yang pertama berlaku selepas pelantikan Biden.

Pentadbiran Biden mengakui telah menghubungi rejim Kim Jong Un. – MalaysiaGazette