KUANTAN – Tengku Panglima Muda, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Al-Sultan Abdullah hari ini menyampaikan sumbangan kepada mangsa ribut di Beserah, di sini.

Baginda turut menyantuni 22 keluarga mangsa dan rakyat jelata pada majlis yang diadakan di Balairaya Kampung Beserah.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, bantuan awal sebanyak RM500 untuk setiap keluarga akan dapat meringankan beban mereka yang dilanda musibah itu.

“Semoga dengan bantuan awal ini dapat membantu mereka dan diharapkan mangsa tabah menghadapi musibah,” katanya.

Hadir pada majlis, Pegawai Daerah Kuantan, Datuk Tengku Nor Asmaliza Ku Lah dan Ahli Dewan Undangan Negeri Beserah, Andasura Rabu.

Salah seorang mangsa ribut dari Kampung Batu Hitam, Osman Mohd melahirkan rasa syukur atas bantuan dan keprihatihan pihak istana dan MUIP.

“Masih trauma dengan insiden ribut kencang, rumah sedang diperbaiki dan anggaran kerosakan masih belum diketahui.

“Berterima kasih dengan sumbangan yang diberikan, terharu bila Tuanku yang sampaikan,” katanya.

Kejadian ribut itu mengakibatkan pokok tumbang  di beberapa buah kampung di sekitar Beserah dengan rumah mangsa rosak.

Sementara itu, Ahmad Afendi Hazali yang pertama kali menjadi mangsa ribut sejak menetap di Kampung Batu Hitam berkata, beliau masih terkejut dengan kejadian itu.

.”Berterima kasih kepada anakanda Tuanku yang prihatin kepada rakyat jelata sama seperti ayahanda dan bondanya,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast