Kerja-kerja menggali lumpur di sekitar kapal Ever Given sedang giat dijalankan. foto Agensi

TOKYO – Pemilik kapal kargo gergasi yang menghalang laluan Terusan Suez sejak Selasa lalu meminta maaf kerana menyebabkan gangguan perdagangan dunia.

Shoei Kisen Kaisha berkata, pihaknya sedang menyelesaikan masalah itu secepat mungkin tetapi kerja-kerja pengalihan itu sangat sukar.

Pasukan marin dan jurutera gagal dalam usaha mereka pada Selasa lalu.

Kapal seberat 200,000 tan dan sepanjang 400m (1,300 kaki) melintasi terusan di tengah-tengah keadaan angin kencang dan ribut debu.

Halangan itu menyebabkan barisan panjang di jalan air itu dengan lebih dari 150 kapal sedang menunggu untuk melalui kawasan itu.

Kira-kira 12% perdagangan global melintasi terusan
yang menghubungkan Laut Mediterranean dengan Laut Merah dan menyediakan hubungan laut terpendek antara Asia dan Eropah.

Laluan alternatif, di sekitar Cape of Good Hope di hujung selatan Afrika, memerlukan masa dua minggu lebih lama.

Kapal itu, yang dikendalikan oleh syarikat pengangkutan Taiwan Evergreen Marine tetapi dipanggil Ever Given, kini tersangkut secara menyerong melintasi jalan air.

”Kami bekerja sama dengan pihak berkuasa tempatan dan Bernhard Schulte Shipmanagement, sebuah syarikat pengurusan kapal, kami berusaha untuk mengapungkan semula tetapi kami menghadapi kesulitan yang sangat besar.

“Kami dengan tulus meminta maaf kerana menimbulkan kesukaran besar terhadap kapal-kapal di Terusan Suez dan mereka yang merancang untuk melalui terusan itu,” kata pemiliknya, Shoei Kisen Kaisha, dalam satu kenyataan pada hari Khamis.

Sumber industri memberitahu agensi berita Reuters walaupun Ever Given cepat diapungkan semula dengan cepat, pemiliknya dan syarikat insurans menghadapi tuntutan berjumlah berjuta-juta dolar untuk kelewatan dan kos tambahan yang dikenakan oleh syarikat lain. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast