Foto hiasan

JAKARTA – Indonesia hari ini mengumumkan larangan bermudik atau balik kampung bagi menyambut Aidilfitri 1442 hijrah, dalam usaha menangani penularan pandemik COVID-19.

“Larangan mudik akan bermula pada 6 hingga 17 Mei 2021. Masyarakat tidak boleh melakukan pergerakan atau kegiatan-kegiatan ke luar provinsi atau daerah,” kata Menteri Koordinator Bidang Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Muhadjir Effendy pada sidang media menerusi webinar hari ini.

Beliau berkata perincian berhubung larangan itu akan diumumkan pihak polis dan Kementerian Perhubungan (Pengangkutan).

Pada tahun lepas, Indonesia turut menguatkuasakan larangan bermudik semasa sambutan Aidilfitri.

Menurut data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia setakat semalam, lebih 1.48 juta dijangkiti COVID-19, dengan 1.31 juta daripadanya sembuh manakala mereka yang maut akibat virus itu kini 40,081 orang.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast