Wan Saiful Wan Jan
Wan Saiful Wan Jan

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak pernah bermuslihat dengan parti lain.

Sebaliknya, parti itu sentiasa memastikan negara ini ditadbir dengan integriti dan kebajikan rakyat dibela sebaik mungkin, kata Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Beliau berkata, Bersatu tetap teguh dengan pendirian untuk tidak mencampuri urusan mahkamah dan menghormati kedaulatan undang-undang apabila menjadi kerajaan menerusi Perikatan Nasional (PN).

“Saya rasa tak ada sesiapa persoal kejujuran dan keikhlasan Bersatu menjaga kepentingan rakyat serta kepentingan bangsa dan agama.

“Malah, bila kita diasak, kita tetap tumpukan menjaga kebajikan rakyat dan kita tidak pernah bermuslihat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Saiful mengulas keputusan UMNO untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu pada menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan dasarnya sempena Perhimpunan Agung UMNO 2020 semalam berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan menghadapi PRU-15 bersendirian dan tidak akan bekerjasama dengan Bersatu.

Menurut Ahmad Zahid, UMNO menolak pembentukan gabungan politik bersama PN.

Dalam pada itu Wan Saiful berkata, rakyat menjadi hakim bagi menentukan parti mana jujur dan prihatin terhadap nasib rakyat serta siapa bermuslihat untuk kepentingan lain. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Bersatu tak pernah muslihat dengan parti lain cuma berpakat secara sulit melanggar sumpah dan janji demi curi kuasa dari sahabat sendiri hingga sanggup jadi musuh dan musuh jadi kawan pakatan jahat

Comments are closed.