Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) kini bertatus universiti penuh.

KUANTAN – Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) kini berstatus universiti penuh dan bergelar Universiti Islam Pahang Sultan Haji Ahmad Shah (UnIPSAS).

Rektor KUIPSAS, Prof Madya Dr. Mohd Zawavi Zainal Abidin berkata, surat pengesahan menjadi universiti penuh itu diterima daripada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad pada Isnin lalu di Putrajaya.

Katanya, kelulusan status itu diperolehi setelah UnIPSAS berjaya memenuhi 74% dari kriteria syarat penubuhan universiti penuh.

“Pihak KUIPSAS menghantar permohonan penuh untuk menjadi universiti penuh ini sejak 28 Disember 2020 lalu. Kelulusan kita peroleh 25 Mac 2021 setelah dipanggil untuk cadangan pembentangan dinaiktaraf pada 3 Mac lalu.

“Sangat berharga kerana ini tahun ke 25 penubuhan kita sambut jubli perak dan anugerah cukup hebat memberi ruang anak-anak Pahang menyambung pelajaran,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Pada 1994 Majlis Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang bersetuju menubuhkan Kolej Islam Pahang (KIP) dan namanya ditukar kepada Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) pada 27 Ogos 1996 sebelum dinaiktaraf sebagai Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) pada 20 Oktober 2015.

Sehingga kini UnIPSAS yang telah melahirkan 5,000 graduan menawarkan 27 program dengan 17 pengajian diploma, lapan ijazah sarjana muda, satu ijazah sarjana dan satu program asasi. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast