Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin bercakap ketika di temubual oleh media selepas Majlis Penyerahan Penugasan Sukarelawan Khidmat Sokongan MyVAC KBS-MOSTI di Menara KBS, Putrajaya.Foto FIKRI YAZID, 31 MAC 2021.

PUTRAJAYA – Langkah menangguhkan pemilihan UMNO pada tahun 2018 telah menjerumuskan parti itu kalah teruk pada PRU-14 dan ia perlu dijadikan iktibar.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata demikian mengulas kenyataan bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak yang berkata pemilihan parti itu sebelum PRU-15 boleh membawa keretakan dan memecah-belahkan parti selain membolehkan calon yang kalah ‘dicuri’ oleh parti lain.

“Ini antara hujah yang dikemukan oleh Datuk Seri Najib tapi saya nak jawab.

“Pada 2018 kita tangguhkan pemilihan parti selepas PRU-14 tapi lingkup (kalah) juga,” katanya dalam sidang media Majlis penyerahan penugasan Sukarelawan Khidmat Sokongan Malaysia Vaccine Support System (MYVAC) di kementeriannya hari ini.

Hadir dalam sidang media itu adalah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

Khairy Jamaluddin sebelum ini berkata, UMNO perlu menyegerakan pemilihan parti itu sebelum PRU-15 untuk menyelesaikan kemelut dalaman yang membelenggu parti sejak beberapa bulan lalu.

Dalam pada itu, Reezal Merican juga turut bersetuju agar Pemilihan peringkat parti diadakan segera.

Ia bagi membuka jalan baharu untuk mencorak hala tuju parti itu di masa akan datang.

“Itu selalunya yang dimainkan tapi kita sudah lalui banyak sama ada sebelum atau selepas ia tetap memerlukan pemilihan.

“Kita asyik sebut bertahun-tahun UMNO parti yang matang maka inilah kita tunjukkan kematangan. Pemilihan ini adalah bagi mencorakkan hala tuju parti dan mengembalikan hak kepada ahli-ahli yang telah sampai tempohnya,” katanya.

Untuk rekod, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan pemilihan parti itu akan diadakan selewat-lewatnya hujung tahun ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Tangguh pemilihan untok kekalkan kuasa dalam parti saja. Biarkan lah umno dengan caranya cepat berkubur cepat lah pula bersatu naik takhta ganti umno. Beri peluang pada parti baru untok cipta kecemerlangan masa depan. Parti lama dah cukup dah dengan segala sejarah hitam putihnya

  2. Nampak sangat Amno ni takut dgn bayang-bayang sendiri.Kata ahli dah matang.Kepimpinan dah tahap aras paling tinggi..Jgn cakap berdegar-degar je!!

Comments are closed.