KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa berkata, calon perdana menteri dan timbalan perdana menteri dari UMNO akan diputuskan sekitar Jun depan.
Katanya, pemilihan kedua-dua jawatan itu dibuat menerusi pemilihan oleh ahli-ahli UMNO sendiri.
“Ramai yang tak putus-putus bertanya siapa calon PM dan TPM dari UMNO untuk PRU akan datang.
“Saya lihat ini secara positif. Ertinya ramai yg masih melihat UMNO antara parti yang perlu menampilkan calon pemimpin utama negara.
“Suka saya nyatakan UMNO ada caranya sendiri. Usah terlalu khuatir,” katanya dalam hantaran di laman Facebook hari ini.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, UMNO mempunyai tradisi dan perlembangaan sendiri yang menetapkan tempoh memegang jawatan dihadkan kepada tiga tahun sahaja.
Pemilihan yang lalu iaitu pada 30 Jun 2018 akan tamat tempoh pada Jun tahun ini.
Katanya, sebagai parti yang kuat berpegang kepada peraturan, dan amat bergantung pada suara akar umbi, UMNO tidak teragak-agak untuk menyerahkan semula kepada akar umbi menentukan kepimpinan.
“Insyaallah, calon PM dan TPM dari UMNO akan diputuskan sekitar Jun ini menerusi pemilihan oleh ahli UMNO sendiri.
“UMNO akan memilih seorang Presiden dan seorang Timbalan Presiden yang mempunyai segala sifat dan kelayakan yang sesuai memikul tugas sbg Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri apabila tiba masanya.
“Allah SWT menentukan segalanya,” katanya.
Dalam hantarannya itu, Annuar turut berkongsi gambar-gambar beliau bersama Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Datuk Seri Shahidan Kassim.
Kelmarin, bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menggesa supaya pemilihan parti diadakan segera.
Beliau berkata, UMNO perlu mendapatkan baharu untuk bertanding dalam pilihan raya umum kelak.
Pandangan Khairy itu menyusul selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapannya di Perhimpunan Agung UMNO 2020 Ahad lalu yang mencadangkan pemimpin UMNO yang memegang jawatan menteri meletakkan jawatan. – MalaysiaGazette
Wah! ko ni siapa? Presiden UMNO kaaaa moroyan!
presiden yg ada patut tk bertanding…kes mahkamah byk gila…tak kan nak seret parti lagi..rakyat tengah menilai..