Khairy Jamaluddin Abu Bakar

KUALA LUMPUR – Hanya satu cara untuk menyelesaikan kemelut dalaman UMNO iaitu dengan menyegerakan pemilihan parti.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pemilihan yang sepatutnya diadakan tahun ini tidak perlu ditangguhkan selepas pilihan raya umum (PRU).

Katanya, UMNO mesti menghadapi PRU dengan kepimpinan yang mempunyai mandat jelas dan boleh mendapat sokongan rakyat.

“Segerakan pemilihan parti. Do the right thing, Majlis Tertinggi. You know we cannot continue like this,” katanya.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata demikian dalam Instastory.

Sementara itu dalam ciapan di laman Twitter, beliau memuat naik ciapan: “Segerakan pemilihan. Let’s settle this once and for all.”

Ahad lalu, Perhimpunan Agung UMNO 2020 memutuskan tiada kerjasama dengan Bersatu, PKR dan DAP untuk PRU-15.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan ketua-ketua sayap parti dalam ucapan masing-masing turut menyelar sikap pemimpin tertentu dalam UMNO kerana dikatakan bertindak umpama ‘gunting dalam lipatan’.

Ahmad Zahid juga mencabar ahli-ahli UMNO yang menjawat jawatan menteri supaya meletakkan jawatan jika mereka benar-benar ikhlas dalam perjuangan parti. – MalaysiaGazette

 

 

2 Komen

  1. Tak payah jd gunting dlm lipatan laa Khairi ooooii..masa UMNO berjuang menentang PH..ko kemana? Ko duk sibul berfoto2 dgn Nurul Izzah & Rafizi….bila UMNO naik balik..wahhhhhh ko sebat dulu jawatan menteri…musibat punya orang..ko bertanding presiden pun kalah..masa jd ketua pemuda pun ko gagal…ko gagal tarik sokongan pemuda sebab ko sibuk nak jadi artis..ko jenis perasan dan syok sendiri..puiiiiii!!

Comments are closed.