Mila Jirin.

KUALA LUMPUR- Penyanyi, Mila Jirin meluahkan rasa kecewa dengan tindakan sahabat baiknya, Nonny Nadirah di media sosial.

Kekecewaan tersebut diluahkan di Instagram miliknya selepas hantaran terkini Nonny yang tampil lebih seksi sehingga mengejutkan ramai pihak.

“Punya ramai komen maki hamun aku sebab aku tegur kau secara terbuka.. Sampai aku terpaksa off komen sebab aku pulak yang stress.

“Aku tak bodoh nak tegur tanpa betul-betul lakukan apa yang perlu dilakukan sebagai sahabat! Sebelum aku cakap secara public. Ada sebab aku loud!! Aku tak perlukan publisiti pun seperti mana orang dok kutuk aku..” luahnya penuh emosi.

Menurut Mila, sebelum ini dia terpaksa berhadapan dengan maki hamun orang lain semata-mata untuk melindungi sahabatnya itu.

Terangnya, ketika ini dia merupakan antara individu yang paling kecewa dengan apa yang dilakukan Nonny.

“Aku telan orang maki hamun aku…Aku telan orang kutuk aku asalkan aku dapat beritahu pada satu dunia yang kau tu anak yang baik! Sahabat yang baik!

“Hari ini aku antara yang sangat frust! Rasa macam selama ni aku bercakap dengan seorang pelakon!Mungkin selama ini aku sahaja yang anggap kau sahabat,” luahnya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Selepas kembali dedah aurat, Nonny muncul pula dalam baldi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast