Foto Instagram Nonny.

KUALA LUMPUR – Pelakon Nonny Nadirah terus membuat kejutan di media sosial apabila memuat naik gambar terbaharu di Instagram.

Namun gambar itu lebih mencuri tumpuan apabila dipercayai dirinya di dalam baldi berisi air tanpa berpakaian.

Hantaran itu mengejutkan netizen yang pelik dengan apa yang terjadi dengan wanita itu.

Sebelum ini, pelakon berkenaan pertama kali memuat naik sebuah video yang memaparkan gambar gadis seksi dipercayai dirinya dengan memakai stoking jarang.

Namun begitu, video berkenaan hilang buat sementara waktu dan kini dia muncul semula dengan sebuah lagi gambar yang lebih seksi.

Pada Oktober lalu, Nonny, 31, mendedahkan perkahwinan yang dirancang bersama kekasih yang juga pelakon, Niezam Zaidi, 28, terpaksa dibatalkan.

Nonny yang tidak mendedahkan mengenai punca pembatalan itu memohon pengikutnya di media sosila mendoakan kebahagiaan mereka dan masing-masing ditemukan dengan jodoh yang baik. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.