Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

WASHINGTON – Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam satu temu bual yang disiarkan pada Rabu berkata mungkin bertanding dalam pemilihan presiden 2024 dan mempertimbangkan untuk mengadakan satu perhimpunan tidak lama lagi, menurut Sputnik.

“Anda boleh harapkan. Itu yang boleh saya katakan. Kita mencintai negara ini, kita semua terhutang budi dengan negara,” kata Trump ketika menjawab soalan apakah penyokongnya ‘mempunyai harapan’ untuk melihat beliau mencalonkan diri sebagai presiden pada 2024.

Ketika ditanya oleh Lara Trump, yang  mengacarakan temu bual itu untuk siaran podcastnya, mengenai kemungkinan akan ada  satu lagi perhimpunan Trump, bekas Presiden AS itu berkata, beliau ‘sedang memikirkan untuk melakukannya dalam masa terdekat’.

Pada forum konservatif CPAC di Florida bulan lalu, Trump mengumumkan mungkin mencalonkan diri sebagai Presiden.

Presiden Joe Biden juga berhasrat mempertahankan jawatannya untuk penggal kedua. – Bernama