Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz bercakap kepada media selepas menyerahkan sendiri surat rayuan terhadap penggantungan keahliannya kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).Foto AFFAN FAUZI, 01 APRIL 2021.

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz merayu kepada Presiden parti dan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) supaya meneliti dan membaca setiap isi surat rayuan yang telah dikemukakan pada hari ini.

Katanya, di dalam surat berkenaan beliau menyertakan hujah-hujah balas dan petikan pembelaan diri semasa sesi tribunal.

“Saya beri surat ini secara terperinci, jadi saya sangat berharap dan merayu kepada ahli MKT untuk ambil sedikit masa dan baca apa yang saya tuliskan jadi setidak-tidaknya mereka boleh ‘reverse’ balik keputusan mengesahkan Lembaga Disiplin tempoh hari.

“Saya juga percaya gambaran yang salah telah diberikan seolah-olah ini masalah bahagian, jadi mereka tidak perlu ikut campur, itu adalah tidak benar.

“Kedua, soal bahagian itu bahagian lah memang tak payah campur tapi soal ‘judgement’ kepada saya perlu dibuat berdasarkan fakta. Sebab itu saya rayu untuk membaca semula hujah-hujah yang saya berikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan surat rayuan kepada Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Ahmad Maslan untuk diserahkan kepada presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Dagangan Dunia hari ini.

Pada 27 Mac, Tun Faisal yang merupakan bekas Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) digantung keahliannya dari UMNO selama enam tahun.

Mengulas lanjut, Tun Faisal berkata, beliau turut menyediakan salinan surat rayuan bagi setiap ahli MKT selain akan mengirimkannya menerusi aplikasi WhatsApp.

“Saya akan follow up sekali lagi, mungkin dalam masa dua minggu atau seminggu lagi jika mereka sudah baca.

“Apa yang penting pada saya UMNO perlu ambil peluang untuk menunjukkan kepada ahli dan rakyat bahawa mereka bersikap adil dan bersifat terbuka serta demokratik dalam menerima pandangan berbeza daripada ahli UMNO.

“Cara kita mengendalikan pandangan ahli dan rakyat sudah berbeza, jangan kita mengguna kaedah autokratik atau cara lama kerana ini akan memberi persepsi negatif kepada parti,” ujarnya.

Menerusi surat rayuan tersebut, Tun Faisal memohon Ahmad Zahid serta seluruh ahli MKT untuk menarik semula pengesahan terhadap keputusan Lembaga Disiplin parti yang jelas tidak bersandarkan merit dan fakta.

“Tolong batalkan hukuman penggantungan selama enam tahun yang jelas zalim dan tidak masuk akal.

“Selain mengembalikan semula hak keahlian saya termasuk jawatan saya sebagai Ketua UMNO Cawangan dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian yang saya menangi melalui proses demokrasi yang sihat,” katanya. – Malaysia Gazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Kepada:
    Yang Berbahagia Datuk Tun Faisal Ismail Aziz,

    Sebagai penganut agama Islam tidak perlulah membuat rayuan kepada pemimpin politik yang berpolitik yang tidak mengendahkan pengajaran AL-QUR’AN itu, iaitu:
    Perintah
    اللَّه سُبْحَـٰنَهُۥ وَتَعَـٰلَىٰ
    iaitu:
    وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّه جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّه عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا ۗ كَذَ‌ٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّه لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
    Yang maksudnya:
    “Hendaklah kamu semua berpegang teguh dengan tali-tali اللَّه (syariat اللَّه) agama Islam / Al Quran dan Sunnah) dan janganlah kamu semua berpecah-belah (Iaitu berpecah-belah dari beriman dan dari syariat-Nya). Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali اللَّه (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat اللَّه kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu اللَّه di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat اللَّه itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu اللَّه selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah اللَّه menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya.”. [Surah Aal-i-Imran, 3 : 103].

    Itulah pengajaran dari AL-QUR’AN.
    Firman
    :اللَّه سُبْحَـٰنَهُۥ وَتَعَـٰلَىٰ
    وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦)
    Yang maksudnya:
    “Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh اللَّه) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.”. [Surah Al-Zukhruf, 43 : 36.].
    [Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan ke-6, hal. 1307-1308].

    Moleklah tubuhkan saja sebuah parti politik lain yang politiknya adalah mengikut manhaj Al-Qur’an dan As-Sunnah.
    Nota:
    Berpolitik mengikut manhaj Al-Qur’an dan As-Sunnah.
    http://koleksi-alqalam.blogspot.com/2008/07/berpolitik-mengikut-manhaj-al-quran-dan.html

    Berpolitik mengikut manhaj Al-Qur’an dan As-Sunnah adalah dokrtin politik yang “menolong Agama اللَّه سُبْحَـٰنَهُۥ وَتَعَـٰلَىٰ “.
    Atau join sahajalah menjadi ahli kepada parti politik yang perjuangannya adalah bagi memerbatkan Islam sebagai Al-Din di Malaysia, yang berpolitik adalah kerana “menolong Agama اللَّه سُبْحَـٰنَهُۥ وَتَعَـٰلَىٰ “.
    Firman
    :اللَّه سُبْحَـٰنَهُۥ وَتَعَـٰلَىٰ
    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
    Yang maksudnya:
    “Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu menolong (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”.
    [Surah Muhammad : 7].

    Wasalam.
    RPA
    01.04/2021.

  2. berambus la lu barua,
    pegi la masuk parti bangsatU,
    buat apa duk dalam parti yg lu xsuka??
    ada misi kan??
    lu jgn ingat semua org bodoh mcm lu la barua..

Comments are closed.