Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong semasa hadir bagi Pemeriksaan dan Latihan Stesen MRT Putrajaya Fasa Satu di MRT Sri Damansara Sentral, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 03 APRIL 2021.

DAMANSARA – Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong akan menjawab semua persoalan berkaitan dengan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) pada Isnin ini menerusi sidang media khas.

Secara berseloroh Ka Siong berkata, beliau bersedia untuk menjawab soalan daripada parti pembangkang ketika sidang media berkenaan. 

“Hari Isnin saya ada satu jam setengah hingga dua jam untuk menjawab tentang keseluruhan projek ECRL yang dinantikan.

“Tidak apa saya tunggu saya tidak lari, tanyalah soalan, sedialah soalan kalau pembangkang nak tumpang tanya, saya tidak akan gentar saya akan menjawab setiap satu,” katanya pada sidang media selepas melawat operasi MRT Laluan Putrajaya di sini, hari ini.

Baru-baru ini dilaporkan kerajaan negeri Selangor menyokong projek ECRL tetapi mempertahankan pendirian supaya rangkaian kereta api itu menggunakan laluan selatan melintasi Negeri Sembilan dan Putrajaya daripada penggunaan laluan utara melalui Gombak dan Serendah.

Bagaimanapun, Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, kerajaan negeri itu patut mempertimbangkan semula keputusannya dan melihat kelebihan untuk menyiapkan ECRL.

Tambah beliau, tindakan kerajaan negeri itu membantah cadangan penjajaran semula projek tersebut mengakibatkan projek berkenaan tertangguh selama setahun dan ia akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Keputusan ph muktamad kerana keputusan kerajaan pilihan rakyat. Kalau pn nak ubah keputusan itu ia sebagai pengkhianat amanah rakyat. Syarikat ecrl sepatutnya sedar keputusan ini berbanding cadangan kerajaan pn yang dibawa oleh wee ka siong ini. Kerajaan rampasan kuasa tak layak dipatuhi oleh mana2 pehak yang berkepentingan. Mereka pengkhianat kepada mandat rakyat dan ingin merosakan semua kebaikan untok rakyat.
    Cukup2 lah wee ka siong. Zaman raja bersiong sudah berakhir dah. Sedarlah diri mu siapa…….. pilihan rakyat bukan kamu.

Comments are closed.