Azmi Hassan

KUALA LUMPUR – Jika Pas benar-benar ikhlas mahu mengukuhkan ummah seperti yang didakwa sebelum ini, parti itu sepatutnya meneroka atau mengubah strategi dengan memujuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyertai Muafakat Nasional (MN).

Langkah itu perlu diuji oleh Pas memandangkan UMNO berkeras untuk tidak menyertai Perikatan Nasional (PN).

Penganalisis politik, Azmi Hassan berkata, semua pihak maklum UMNO tidak mahu bersama PN kerana tindakan itu akan menyebabkan UMNO tunduk di bawah Bersatu.

Ia merupakan keputusan yang sama sekali tidak dikompromi oleh UMNO.

‘”Memandangkan Pas masih gagal untuk memujuk UMNO, kenapa Pas tidak mengubah strateginya?.

“Kenapa Pas tidak pujuk PN menyertai MN? Sehingga kini kaedah tersebut (mengajak Bersatu menyertai MN) tidak dilakukan oleh Pas lagi, sebaliknya bersungguh-sungguh memujuk UMNO menyertai PN,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini hari ini.

Jika Bersaty menyertai MN, maka UMNO adalah ‘big brother’, selain Pas.

Lojiknya, jika Bersatu menyertai MN, maka parti itu pula perlu beralah dengan UMNO.

Azmi berkata, adalah tidak adil memaksa UMNO menyertai PN sahaja memandangkan parti tersebut merasakan ia kuat.

“Justeru, langkah memaksa UMNO menyertai PN sudah tentu tidak menjadi kerana UMNO enggan berkompromi,” ujarnya.

Malah, beliau menjangkakan UMNO akan kekal dengan keputusan itu sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Tambahnya, jika senario itu berlaku, maka semasa PRU nanti, UMNO akan berdepan dengan PN yang juga disertai Pas.

“Jika itu berlaku situasi akan jadi  lebih sukar kerana UMNO pastinya akan mempertahankan semua kerusinya.

”Dan, kita sedia maklum isu agihan kerusi memang sensitif bagi UMNO dan ini memang akan berlaku,” katanya lagi.

Bagi mengelakkan senario ini berlaku, ada lebih baiknya Pas menukar strategi dalam memastikan ketiga-tiga parti ini mencapai persefahaman bersama sebelum PRU.

Cuma persoalannya parti manakah – sama ada UMNO atau Bersatu yang akan mengalah.

“Jika selepas PRU baru hendak berbincang, keadaan akan menjadi lebih rumit,” katanya. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. sapa yg sepatutnya mengalah??
    knp yg dominan kena beralah??
    knp parti yg penuh ngan katak dan najis nak tunjuk besar kepala??
    lau dia rasa parti dia kuat walaupun kerusi ada berapa kerat jek,dia lawanlah UMNO nanti di PRU15,mudah2an melingkop abis terus parti2 katak dan najis bersama2 pas yg xde pendirian tu nanti,

  2. Prof ni tertinggal bas jauh sgt dh ni… Nk jemput apa lagi…Bersatu dah pun bersedia utk masuk MN, tapi wak jahid uturn.. Surat jemputan tu pun dah viral satu dunia Dr oii…
    Sebenarnya umno nk jadi kepala. Bila Bersatu sedia masuk MN, Secara tk langsung TSMY sebagai PM jadi ketua. Itu yg puak umno tk mau. Depa nk jadi ketua sbb kononnya depa parti besaq. Nk jadi kepala mcmna sedangkan kepala parti kamu tu penuh najis.
    Seeloknya umno kena bersihkan najis² tu dulu sebelum nk tawar diri jadi ketua.

Comments are closed.