KenTEAM bakal memegang sejumlah saham syarikat MUFC dalam misi membawa bolasepak Melaka ke tahap lebih baik pada masa hadapan.

KUALA LUMPUR – Kelab bola sepak Melaka United (MUFC) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan syarikat pengeluar sarung tangan, KenTeam Sdn. Bhd. (KenTEAM) yang bakal memegang sejumlah saham syarikat bola sepak itu dengan misi membawa bolasepak Melaka ke tahap lebih baik pada masa hadapan.

Beliau berkata, dengan kehadiran syarikat seakan memberi nafas baharu kepada bola sepak Melaka dalam misi membawa MUFC ke peringkat boleh dibanggakan khususnya dalam industri bolasepak.

“Semoga hubungan yang terjalin antara MUFC dan KenTEAM dapat terus diperkukuh demi membawa kemajuan bolasepak negeri Melaka,” katanya dalam satu kenyataan selepas majlis MOU itu di Hotel Royale Chulan di sini hari ini.

pelancaran bas rasmi MUFC yang bakal digunakan pada Liga Malaysia musim ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KenTEAM,  Datuk Seri Justin Lim berkata, pihaknya menunjukkan minat selepas mereka menilai potensi MUFC sebagai salah sebuah kelab yang beraksi dalam saingan liga bolasepak teratas Malaysia yang berpotensi menjadi sebuah kelab bolasepak yang disegani dan terkemuka di negara ini.

Pada majlis tersebut, jersi ketiga Melaka United FC yang menggunakan warna biru berjalur serta bas rasmi MUFC yang bakal digunakan dalam saingan Liga Malaysia musim ini turut dilancarkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast