Sergio Aguero. Foto Sky Sports.

LONDON – Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menolak idea untuk membawa Sergio Aguero selepas kontraknya di Manchester City akan berakhir pada akhir musim ini.

Aguero akan meninggalkan Manchester City pada musim panas ini setelah satu dekad di Etihad Stadium.

Dalam tempoh itu, bintang Argentina itu menyumbang 257 gol dan membuatkan Aguero masih diminati oleh banyak kelab.

Ini menyebabkan bekas bintang Manchester United telah mencadangkan kepada Solskjaer untuk menandatangani pemain dari Etihad itu.

Namun, Solskjaer menegaskan dia tidak akan merekrut pemain dari kelab-kelab musuh tradisi seperti Manchester City. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast