Atletico Madrid kembali menerajui La Liga selepas seri 1-1 menentang Real Betis. Foto Agensi.

MADRID – Atletico Madrid kembali mengungguli La Liga walaupun terikat 1-1 menentang Real Betis dan kini mendahului jirannya, Real dengan kelebihan satu mata.

Walaupun kehilangan peledak 19 gol Luis Suarez, Atletico lebih awal di hadapan selepas lima minit menerusi pemain Belgium Yannick Carrasco.

Bagaimanapun, Betis yang menghuni tangga keenam liga dan memburu tempat pada kejohanan Eropah musim depan menyamakan kedudukan 15 minit kemudian.

Cristian Tello menyudahkan hantaran lintang Alex Moreno untuk gol penyamaan Betis.

Kelmarin, Real merampas kedudukan teratas selepas memenangi pertembungan Clasico ke atas Barcelona dengan keputusan 2-1.

Ia adalah kali pertama Atletico berjaya dipintas sejak Disember lalu dan pada satu ketika mendahului 10 mata serta bermain kurang satu perlawanan di awal Februari.

Barcelona pula di tangga ketiga, satu mata di belakang Real pada 65 mata. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast