MGNews: Kes Rayuan Najib – Giliran Pasukan Pendakwa Beri Hujah Balas…

Prosiding rayuan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC) melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masuk hari ke-7 hari ini.

Hari ini merupakan giliran pasukan pendakwaan untuk mengemukakan hujah balas yang dijangka berlangsung selama dua hari.

Ia selepas pasukan pembelaan Najib yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah selesai menggulung hujah rayuan semalam.