Wakil Pemuda UMNO Tebrau menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat behubung penyebaran iklan hari raya Aidilfitri oleh syarikat judi yang tular di laman sosial.

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO mendesak agar  kerajaan terutama Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadapa pihak yang menghina hari kebesaran umat Islam dengan mempromosi judi secara talian ini kepada umat Islam.

Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, penyebaran video itu sememangnya menghina kesucian bulan Ramadan dan Aidilfitri.

Tegasnya, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga seharusnya bertindak menyekat penularan video yang memaparkan iklan tersebut dengan serta-merta.

“insiden seperti itu tidak seharusnya dibiarkan berterusan kerana ia merupakan satu bentuk penghinaan ke atas kedudukan dan kesucian agama Islam di Malaysia ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru Pemuda UMNO mengarahkan wakilnya di Tebrau membuat laporan polis berhubung penyebaran iklan hari raya Aidilfitri oleh syarikat judi yang tular di laman sosial berkenaan hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, laporan dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO bahagian itu, Fauzi Faizal.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast