Lebih 2000 penyokong hadir di Stadium Darul Makmur menyaksikan pelawanan malam tadi selepas terawih antara Sri Pahang FC melawan JDT.

KUANTAN –  Suasana Stadium Darul Makmur meriah meskipun pemain beraksi di hadapan kira-kira 2,000 penyokong.

Pengurus Sri Pahang FC, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, penonton tetap hadir memberi sokongon pada pukul 10 malam selepas selesai menunaikan solat tarawih.

Tambahnya, walaupun kehadiran penonton berbeza namun membudayakan norma baharu memberikan suntingan semangat buat pemain.

Pengurus Sri Pahang FC, Datuk Mohammed Suffian Awang

Perlawanan pertama dalam bulan Ramadan menyaksikan Sri Pahang FC kecundang 0-2 di tangan Johor Darul Takzim (JDT) di hadapan penyokong sendiri.

Seramai 2,128 penyokong Sri Pahang menyaksikan perlawanan malam tadi dan bilangannya dihadkan bagi memudahkan penonton mendisiplinkan diri.

Sementara itu penyokong Pahang, Mohd Daniel Mohd Athar, 19, berpendapat Sri Pahang mempamerkan permainan yang kurang memuaskan yakin semua pemain telah memebri yang terbaik.

“Saya datang awal kerana risau kesesakan lalu lintas dan mengambil kawan-kawan datang menonton memberi sokongan, pematuhan SOP agak baik di mana semua pegawai pemantau komited menjalankan tugas,” katanya

Mohd Aidit Hakimi Mohd Salleh,19, yang masuk stadium selepas menunaikan solat tarawih berkata: “Pada saya memuaskan kerana Pahang sudah memberi persembahan terbaik. kami penonton akur semua arahan yang ditetapkan, janji dapat tengok bola,”. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast