The Member of Parliament of Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 02 AUGUST 2018. free computer free laptop free tablet luxury cars Vellfire Mercedes
Steven Sim. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 02 AUGUST 2018.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong mengarahkan peguamnya mengambil tindakan undang-undang terhadap Pensyarah Kanan Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff.

Beliau mendakwa, pensyarah berkenaan memfitnahnya serta cuba membawa sentimen perkauman dan agama dalam kalangan masyarakat.

“Saya sebenarnya amat terkesan dengan fitnah dan tomahan Dr Kamarul Zaman Yusoff terhadap diri saya. Namun saya tetap bersabar sebab saya menghormati bulan Ramadan sebagai bulan yang mulia buat umat Islam. Walaupun diminta oleh orang ramai untuk mengambil tindakan, saya tidak buat apa-apa.

“Namun, beliau pula tidak berhenti-henti membuat tuduhan yang tidak berasas. Tuduhan-tuduhan tersebut bukan sahaja merosakkan nama saya sebagai seorang Ahli Parlimen, malah lebih bahaya lagi, mengapi-apikan sentimen kaum dan agama dalam masyarakat kita.

“Beliau dengan tanpa rasa kesal juga mencabar saya mengambil tindakan saman terhadap diri beliau,” katanya menerusi Facebook.

Menurut Steven, tindakan undang-undang yang diambilnya adalah demi kemaslahatan masyarakat Malaysia dan sebagai teladan kepada semua agar menjaga keharmonian kaum di negara ini.

Dipercayai tindakan itu susulan hantaran Kamarul Zaman dalam Facebook berkaitan tindakan Steven menyantuni beberapa individu yang memerlukan baru-baru ini.-MalaysiaGazette